UiTM Perlis Sentiasa di Hatiku ^^

Assalamualikum

Hello dear fellas! Okay topik yg saya nk kemukakan malam ni ialah struktur Uitm Perlis. I mean serba sikit tentang Uitm Perlis. Firstly saya nk ucapkan tahniah kepada adik adik or kawan kawan or kakak kakak and abang abang yang dapt sambung belajar tu. Result UPU baru je keluar kan? So mcm mana? Ada yg dapat Uitm Perlis tak? Okay so sekarang saya nak cerita sikit tentang sturktur dan aktiviti yg kdg kdg di adakan di Uitm perlis ni. Saya tk dapat nk cerita lebih terperinci sebab saya pun baru dua sem dekat sana. Saya buat post ni sbb nk bantu kawan kawan di luar sana yg mana tgh excited sangt first time study d Uitm Perlis ni or yg mna first time dtg Perlis kerr. 

So perlis ni tak de la popular sangt mcm kola lumpor tu. Maybe ada certain barang yg korang tngok dkt kola lumpor tu tkde dkt Perlis ni. But Perlis ni lah tempat untuk mematangkan diri. Huh! nnt korang tau lah kenapa saya ckp mcm tu. Ok Uitm perlis ni ada dua pintu masuk utama which is 'GATE A' and 'GATE B' tapi the most popular gate is gate B. Kenapa saya ckp mcm tu. Sbb gate B ni dekat dengan Matrik huhuhu boleh ngorat aunty/uncle sebelah. HAHAHA no lah tu semua nonsense. Sbb nya gate B ni dekat dgn kedai makan. so korang tk yah risau kalau bab nk cri makan dkt perlis ni sbb dkt area Uitm ni je pun dah ada lebih kurang 10 gerai makan include 'rastaurant' bagi anak anak orang kaya yup yg bajet kaya ke haa ada jugk dkt sini. Tak yah p jauh jauh. And the most popular punya kedai makan is org panggil kedai tu '4 Flat' tapi saya tk prnah lg makan dkt situ sbb malas nk jalan kaki. lol. 

Dah alang alang sebut pasal gate B so kita start dgn gate B dlu lah. Macam saya ckp tdi gate B ni dekat je dgn Matrik Perlis mmg sebelah betul. Masuk je gate B sebelah kanan korang akn nmpak padang bola (i don't actually remember the name of that padang) Uitm perlis ni ada team bola yg sangt handal sbb dh menang bnyk kali menang maybe thats why ada bnyak betul padang dkt Uitm Perlis (yg I ingt padang Rani and padang Jati) dn ada lg nama nama padang lain. Sebelah kiri korang akan nmpak padang golf . Tapi padang golf ni dia share dgn student yg main 'pentaque' betullah kot ejaan tu so stright je tgh tu ada round the board kecik kalau pegi sebelah kanan tk silap tu rumah lecture kot sebalah kiri untuk pergi ke padang kawad (haa ni lg satu nama padang) ^_^|| ok kalau stright je korg akan nmpak rumah untk 'non residence' punya kediaman. Mcm student yg ambil PJJ (pengajian jarak jauh) and sebelah kiri ada PI stand for (Pusat Islam) mcm masjid la senang ckp. 

You guys tak payah risau pasal taxi sbb dekat Uitm Perlis ni ada sediakan kawasan khas utk taxi. Bagi sesapa yang rasa nak g memana tu. (Dari Uitm ke Arau/stesen KTM = RM10) tapi kena pandai pilih laa sbb ada je yg letak tinggi biasa laa nk untung lebih -_- dkt Uitm Perlis ni terdapat 4 cafe cuma satu cafe ni je khas utk girls sbb dy dlm kawasan kolej perempuan. Dekat sini terbahagi kolej untuk lelaki dn perempuan. For girls ada kolej dahlia and kesinai. Dahlia ada 3 (dahlia 1,dahlia 2,dahlia 3). Kesinai pulak ada 4 (kesinai 1,kesinai 2,kesinai 3,kesinai 4). Manakala kolej lelaki ialah cengal and ada 5 bangunan untuk kolej cengal (cengal 1,cengal 2,cengal 3,cengal 4,cengal 5). 

Dekat sini ada satu tempat yang mmg lagend dan sangat popular. Namanya ialah 'MUSHROOM' no its not that mushroom yg boleh makan tu. okay mushroom tu cuma panggila bagi student sini. Tapi nama rasmi nya ialah 'ANJUNG SISWI' bak kata 'Fizo Omar' tempat ni dah mcm pavillion Arau. HAHAHA! sbb nya dy mcm satu kawasan yg ada kedai runcit for junk food, ada kedai runcit for personal things, kedai photostate and ada kedai aksesori untuk phone. Tak lupa juga dekat situ ada 2 kedai buku. Yup thats why students panggil mushroom. And benda yg paling penting tempat ni selalu jadi port untuk manusia yg berdating. Uhuk uhuk. Not me! I mean student lah yang berkasih sayang sngt tu -_-|| So memandangkan yang bakal masuk nnt nak mai ni bulan 6 kan posa haa tudia. Don't worry sbb dkt dlm Uitm ni ada bazar ramadhan where you can find various of food. Selalunya ramai laa sbb org luar pun join sekali beli. 

Okay next is class dkt sini mcm biasa lah ada bangunan for student AP and for student SR and AS mcm student student yg lain ni guna bangunan Al-Farabi 1 and Al-Farabi 3. Tapi smua depends on subject and lecturer lah sbb ada je kos lain yang dapat kelas dekat bangunan AP/SR/AS and ada jugk yg dpt bangunan jauh nuh dekat area damai tuh. Dan port paling lawa nak ambil gambar ialah dekat 
'ACADEMIC HIGHT' mmg cantik nmpak mcm ala ala Australia gituhh. Mmg org suka kata (Arau = Araustralia / Perlis = Perthlis) hahaha. So fun. 

Dekat dalam Uitm ada jugk menyediakan pengangkutan yang murah (Uitm - Arau / KTM = RM 1.50) tapi dy jenis van lah. korang kena himpit himpit sikit kalau ramai tu. Dan students gelarkan 'VAN UMMUL' tempat dia dekat damai. Ada jugk bus Ummul tpi kalau bas kena 40 org. So sapa rasa nak bajet bajet perbelanjaan daripada naik taxi yg mahal tu boleh la naik van Ummul. RM1.50 jerr. Van Ummul ni dy akan lalu dekat kawasan gate A haa ni baru nak start cita pasal gate A. Gate A ni kira mcm pintu rasmi yg awal lah. Gate A ni sebelah dengan kolej vokesional Perlis. Ok nnt korang akan nampak stadium (satidum lah konon) bukan bukan tempat tu nama dia 'Sport Complex @ Sport Com' sbb apa panggil stadium sbb bentuk mcm stadium bola. Sport com ni dia luas kira kalau mcm ada perlawanan bola kaa haa baru guna padang ni. Dekat dalam sport com ni ada kawasan squash, badminton, ping pong, running track. Tempat ni kira mcm kawasan untuk students sukan lah. Dan tak lupa sini pun ada 'gym' tau. Bagi abang abang yang nk jadi sado secara percuma. wekkk! haha. Tepi sport com ni ada padang hoki dan tepi padang hoki ada padang netball. (ouhh akhirnya terkeluar jugak nama nama padang yg saya nk sebut tdi tu) XD 

Okay rasa nya kita dah habis tawaf satu Uitm. Saya nak mintak maaf kalau ads silap salah. Ada je lg tempat yang tk di nyatakan tadi biarlah tempat tu menjadi tanda tanya korang. Nanti dah datang Uitm Perlis mai la teroka sendiri habis habis. okay thats all.Thank you guys for spending time reading my humble short stories about Uitm Perlis. Kalau ada soalan boleh lah tanya di ruang komen. Ni saya share sikit gambar dengan kengkawan. 


Team kesatria group 12

budak batch (jun/oct) sains komputer

dinner sains komputer sem 1

badminton court

tepi academic height

Comments

Popular posts from this blog

First Experience UiTM